Saturday 15 March 2014

Isu terkini

MALAYSIA BENAM CABARAN CANADA

KUALA LUMPUR - Malaysia beraksi cemerlang untuk mencatat kemenangan kedua dalam kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah 2014 apabila mengalahkan Kanada 3-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Azlan Shah, Ipoh semalam.

Kemenangan itu meletakkan Malaysia di anak tangga ketiga dengan tujuh mata, hanya ketinggalan kepada Korea Selatan di tempat kedua menerusi perbezaan jumlah gol.

Skuad muda bimbingan Muhammad Dharma Raj Abdullah sebelum ini menewaskan Afrika Selatan 3-2 dalam perlawanan pembukaan pada Khamis lalu dan mencatat keputusan seri 2-2 menentang Korea Selatan kelmarin untuk terus mengekalkan rekod tanpa kalah.

Kemenangan semalam sangat penting buat pasukan bimbingan Muhammad Dharma untuk mencari slot ke perlawanan akhir Ahad ini, selepas Korea Selatan berjaya menewaskan China 3-2 dalam satu lagi perlawanan.
Skuad kebangsaan berjaya membuka jaringan seawal minit keempat menerusi gerakan padang Faizal Saari selepas menerima hantaran Muhammad Marhan Jalil.

Bagaimanapun, Kanada berjaya menyamakan kedudukan 10 minit kemudian berpunca daripada pukulan sudut penalti yang disempurnakan Adam Froese.

Malaysia sepatutnya dihadiahkan pukulan penalti stroke pada minit ke-31 apabila Firhan Ashaari ditolak dalam kawasan separuh bulatan ketika cuba melakukan pukulan namun tidak diendahkan oleh pengadil.
Faizal sekali mencatat nama sebagai penjaring gol apabila menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-46 sebelum Ahmad Kazamirul Ahmad Nasruddin mengesahkan kemenangan Malaysia melalui gol ketiga pada minit ke-67.

Esok Malaysia akan menentang China dan perlu mencatat kemenangan bagi membolehkan mereka terus mencabar kedudukan teratas liga yang sekarang ini dikuasai oleh penyandang juara, Australia dan Korea Selatan.

Australia terus unggul di anak tangga teratas selepas membelasah Afrika Selatan 7-0 dalam perlawanan yang berlangsung lebih awal, sekali gus mengekalkan rekod menang dalam kesemua tiga perlawanan yang telah diharungi.

Robot cipta rekod dunia permainan Rubik

LONDON 16 Mac - Sebuah robot memecah rekod Guinness World Records dalam cabaran menyelesaikan permainan kiub Rubik dengan catatan masa terpantas.

DailyMail Online melaporkan, robot Cubestormer 3 menyelesaikan permainan kiub itu dalam masa hanya 3.253 saat, sekali gus memadamkan rekod Cubestormer 2 sebelum ini dengan catatan masa 5.27 saat.

Rekod baharu itu dicatat pada pertandingan kiub Rubik di Big Bang Fair, Birmingham, baru-baru ini.
Sebelum itu, rekod terpantas dicatatkan adalah 10.69 saat, juga oleh sebuah robot binaan pelajar jurusan komputer dari Universiti Teknologi Melbourne, Australia pada 2011.

Robot Cubestormer 3 dibina dalam tempoh 18 bulan oleh pakar kejuruteraan, David Gilday dan Mike Dobson daripada syarikat teknologi, ARMMobile
.
Mesin tersebut menggunakan teknologi telefon pintar Samsung Galaxy S4 untuk menganalisis kiub sebelum empat tangan robot berkenaan menyelesaikan permainan.

Rekod menyelesaikan kiub Rubik terpantas dicatatkan oleh manusia dilakukan oleh Mats Valk dari Belanda pada tahun lalu dengan rekod 5.55 saat.

Selain itu, Feliks Zemdegs memegang rekod melengkapkan cabaran tersebut hanya menggunakan sebelah tangan dengan catatan 9.03 saat, manakala seorang peserta, Fakhri Raihaan menyelesaikan permainan berkenaan menggunakan kaki dalam tempoh 27.93 saat.

Mahathir sedih kenang tragedi MH370

KUALA LUMPUR 17 Mac - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad melahirkan rasa sedih terhadap insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 pada 8 Mac lalu.

Beliau berkata, kejadian itu amat pelik kerana banyak pihak sukar mengesan pesawat itu.

Katanya, negara ini yang mempunyai teknologi tinggi sehingga mampu mencari seseorang menerusi satelit turut gagal menemukan pesawat berkenaan.

"Saya sangat sedih. Kita tidak dapat mencari walaupun sebuah pesawat yang besar menerusi teknologi yang canggih ini.

"Saya berasa sedih untuk penumpang-penumpang dan anak kapal yang terlibat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Rundingan Meja Bulat Antarabangsa Mengenai Menangani Krisis Kewangan Antarabangsa anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Yang turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan bekas Menteri Kewangan II, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Sementara itu, Dr. Mahathir berkata, insiden tersebut mesti mempunyai bukti sama ada selamat mendarat dan terhempas di darat atau di laut.

Ketika ditanya kebarangkalian pesawat itu dirampas, beliau bagaimanapun enggan membuat ulasan berdasarkan spekulasi semata-mata.

Rajin ulang kaji faktor kejayaan

Mohamed Nuriman Ya’kob menerima Anugerah Pelajar Terbaik dan Anugerah Projek HIRARC Terbaik daripada Ar. Mior Zawari Hassan dalam Majlis Konvokesyen Kali Ke-3 Kolej Consist di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Usaha gigih tanpa mengenal erti putus asa dan rajin mengulang kaji pelajaran menjadi kunci kejayaan kepada graduan Diploma Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Mohamed Nuriman Ya’kob, 24, apabila muncul pemenang Anugerah Projek HIRARC Terbaik 2013 (Pengenalpastian Hazard, Penaksiran Risiko dan Kawalan Risiko) sempena komvokesyen Kali Ke-3 Kolej Consist di Dewan Perdana Suria di kolej tersebut baru-baru ini.

Mohamed Nuriman berkata, kejayaan itu sebenarnya adalah hasil kesungguhan dan tunjuk ajar pensyarah dan dirinya yang bertekad untuk mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

“Sebenarnya saya memang terkejut mendapat anugerah berkenaan, kejayaan ini juga atas dorongan kedua ibu bapa saya. Saya bersyukur apabila dianugerahkan dua kategori iaitu pelajar terbaik keseluruhan dan pemenang Anugerah Projek HIRARC terbaik.

“Inilah kenangan manis yang sukar dilupakan, setelah mengikuti pengajian di kolej ini," katanya ketika ditemui dalam Majlis Konvokesyen Kali Ke-3 Kolej Consist baru-baru ini.

Majlis konvokesyen itu telah disempurnakan Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia, Datuk Ir. Dr. Johari Basri.

Yang turut hadir, Ketua Eksekutif Kolej Consist, Ar. Mior Zawari Hassan.

Pada majlis konvokesyen itu, seramai 214 graduan Diploma Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan Diploma Ergonomik menerima diploma masing-masing.

Yang turut menerima Anugerah Pelajar Terbaik ialah Lai Jin Leong, Muhammad Izzat Rashid, Mohammad Zharif Mohd. Zin dan Te Hang Loong.

Peka dengan perubahan kesihatan

SALAH satu tanggapan yang perlu diubah oleh wanita adalah penyakit jantung hanya berlaku kepada kaum lelaki.

Golongan Hawa perlu menyedari bahawa kajian daripada Persatuan Jantung Kebangsaan Malaysia menunjukkan penyakit jantung merupakan pembunuh nombor satu wanita Malaysia dengan kematian disebabkannya adalah dua setengah kali ganda lebih kerap berbanding semua jenis kanser.

Konsultan Kardiologi, Dr. Lim Bee Chian berkata, purata kematian wanita Malaysia yang meninggal dunia disebabkan penyakit jantung sangat tinggi dan semakin meningkat setiap tahun.

“Sebanyak 34 peratus wanita di Malaysia mempunyai penyakit jantung. Mereka yang berumur lebih 25 tahun lebih berisiko berikutan amalan gaya hidup yang tidak seimbang. Wanita yang berumur 40 hingga 60 tahun dan telah menopaus juga berisiko tinggi menghidap penyakit jantung.

“Kajian juga menunjukkan sebanyak 66,000 orang telah meninggal dunia disebabkan penyakit jantung dengan 54 peratus peratus adalah wanita dan 46 peratus lelaki.

“Kajian oleh Persatuan Jantung Sedunia juga menunjukkan sebanyak 64 peratus wanita telah meninggal dunia secara tiba-tiba tanpa mempunyai simptom-simptom penyakit tersebut.

"Walaupun individu tersebut tidak mempunyai simptom, itu bukan bermakna beliau tidak mempunyai risiko menghidap penyakit jantung," katanya.

Tambah Dr. Bee Chian lagi, memandangkan wanita adalah tunggak kepada sebuah keluarga dalam memastikan segala urusan harian berjalan lancar, beberapa faktor penting menyebabkan mereka terdorong mendapat penyakit jantung berbanding lelaki.

Katanya, wanita apabila berkahwin dan mempunyai anak, mereka merupakan insan yang sentiasa prihatin dengan kebajikan dan keperluan keluarganya.

"Dalam pada masa yang sama mereka terlupa untuk memberi perhatian kepada kesihatan mereka sendiri. Jika mereka mendapat sakit seperti simptom penyakit jantung mereka tidak mengambil serius terhadap kesakitan yang dialami kerana kurang kesedaran tentang penyakit tersebut.

“Mereka hanya akan datang berjumpa doktor untuk mendapatkan pemeriksaan selanjutnya apabila kesakitan yang dihadapi sudah tidak terkawal, seperti seringkali merasai denyutan jantung yang tidak normal, yang menyebabkan mereka pengsan secara tiba-tiba," katanya.

Menurut Dr. Bee Chian lagi, wanita perlu lebih prihatin tahap kesihatan mereka dan mengetahui simptom-simptom penyakit jantung seperti merasai sakit dada yang menekan sehingga ke paras dada dan mengalami sesak nafas secara tiba-tiba.

“Mereka yang mempunyai simptom-simptom ini perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

"Rawatan dan diagnosis awal boleh mencegah penyakit tersebut menyerang sekali gus menyelamatkan nyawa mereka.

“Terdapat banyak cara untuk mengurangkan peluang-peluang mendapat penyakit jantung. Antaranya, mengawal tekanan darah, selalu bersenam, berhenti merokok, jalankan pemeriksaan kencing manis, periksa tahap kolesterol dan banyak mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran," katanya.

Assesement

Assessment

PENILAIAN

1.   Buku log (20%)
Ø  Perlu bawa setiap kali perjumpaan
Ø  Perlu isi setiap kali perjumpaan
Ø  Hantar bila diminta

2.   Kemahiran teknikal (40%)
Ø  Rekabentuk blog – 20%
Ø  Pembentangan  - 20%

3.   Kemahiran insaniah/kehadiran (40%)
Ø  Ketepatan masa – 10%
Ø  Disiplin pakaian – 10%
Ø  Kerjasama – 10%
Ø  Kehadiran – 10%

KEHADIRAN

1.     Kehadiran sebab berikut dikira tidak hadir ;

Ø Mengambil ujian atau peperiksaan
Ø Mengikuti aktiviti kolej
Ø Mengikuti aktiviti fakulti
Ø Kelas/amali ganti
Ø Urusan peribadi

2.     Kehadiran sebab berikut dikira hadir dengan kenyataan (dibenarkan);

Ø Sijil sakit
Ø Menghadiri aktiviti luar mewakili UMK
Ø Kematian keluarga terdekat

Biodata

Name : NUR ALYA BINTI AHMAD AZLI
No metrics: A13A0740
Courses: SARJANA MUDA KEUSAHAWANAN(PERUNCITAN)
No h/p: 0199688402
Email: nuralya372@gmail.com
Facebook: https://www.facebook.com/nur.alya.5
Hostel adress: B5 A1 04
Name of father/ mother: AHMAD AZLI BIN ABDULLAH
Hometown: KELANTAN